Hayatus Sahabat merupakan sebuah kitab yang ditulis oleh Maulana Yusuf Kandhlawi, Amir Jemaah Tabligh yang kedua. Kitab ini ditulis dalam bahasa Arab dan disiapkan pada tahun 1959. Kitab ini mengandungi Hadis-hadis yang sahih, sejarah, serta riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat Baginda.
Oleh kerana ia ditulis untuk Jemaah Tabligh, kitab ini memberi tumpuan kepada pengorbanan para Sahabat dalam menyebarkan Islam serta sifat-sifat istimewa mereka. Kitab ini disusun dalam 3 jilid dengan sejumlah 19 bab.
Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa. Terjemahan bahasa Inggeris dilakukan oleh Mufti Afzal Hoosen Elias dari Afrika Selatan

