Maulana Mohammad ialah abang sulung Maulana Ilyas. Maulana Ilyas adalah pengasas Jemaah Tabligh.
Ayah Maulana Ilyas, Maulana Mohammad Ismail mempunyai 4 orang anak.
- Daripada isteri pertamanya: Maulana Mohammad.
- Daripada isteri keduanya: Maulana Yahya, Maulana Ilyas, dan Humera Khatoon. Maulana Yahya adalah bapa kepada Sheikhul Hadis Maulana Zakariyya Khadhlawi. Humera Khatoon pula adalah ibu kepada Maulana Inaamul Hasan (Amir Tabligh yang ketiga Amir of Tabligh).
Maulana Mohammed mengambil alih tempat bapanya di Nizamuddin selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 1898. Maulana Ilyas kemudian menggantikan Maulana Mohammad selepas Maulana Mohammad meninggal dunia pada tahun 1918.
Petikan berikut diambil daripada buku "Life and Mission of Maulana Ilyas" oleh Maulana Syed Abul Hasan Ali Nadwi.
Maulana Mohammad adalah seorang yang berperibadi seperti malaikat dan merupakan perlambangan kasih sayang, ketakwaan dan kerendahan hati. Beliau amat menyukai kesunyian dan tidak begitu mengambil berat tentang keselesaan duniawi. Beliau tinggal di Bangle Wali Masjid, di Nizamuddin selepas bapanya yang telah kembali ke rahmatullah (Maulana Mohammad Ismail) meninggal dunia.
Terdapat sebuah Madrasah di dalam Masjid tersebut yang diasaskan oleh Maulana Mohammad Ismail. Hanya pendidikan peringkat rendah diberikan di situ, dan kebanyakan muridnya adalah kanak-kanak dari Mewat. Ia tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap dan pergantungan sepenuhnya diletakkan kepada Allah SWT untuk memenuhi keperluannya.
Ketakwaan Maulana Mohammad
Ramai penduduk Delhi dan Mewat sangat taat kepada Maulana Mohammad dan telah mendapat manfaat daripada bimbingannya. Wajahnya memancarkan cahaya kerohanian. Beliau sering menyampaikan tazkirah dengan cara perbualan yang tidak formal. Beliau kekal duduk semasa menyampaikannya, dan secara umumnya membaca Hadis tentang akhlak yang baik dan Zuhud, serta menjelaskan maksudnya dalam bahasa yang mudah.
Pada suatu ketika, Maulana Mohammad mengalami bisul di bawah matanya yang terpaksa dibedah sebanyak tujuh kali. Para doktor mendesak untuk memberikan bius tetapi beliau enggan menerimanya dan berbaring tanpa bergerak sepanjang pembedahan itu. Pakar bedah tersebut, selepas itu berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesuatu seumpama itu sepanjang hidupnya.
Maulana Mohammad Wafat Dalam Sujud
Maulana Mohamed menghabiskan sebahagian besar masanya dalam Solat dan tafakur. Sepanjang 16 tahun sebelum kewafatannya, beliau tidak pernah tertinggal solat Tahajjud walaupun sekali. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya semasa dalam keadaan Sujud dalam Solat Witir pada tahun 1917.
Maulana Ilyas telah datang ke Delhi untuk menjaga abangnya yang sakit dan tinggal bersamanya di Nawan Wali Masjid, Qassab Para. Di situlah Maulana Mohammad wafat dan pengebumian dilakukan di Nizamuddin. Ribuan orang menghadiri jenazahnya.

