Jameah Mahmoodiyah Afrika Selatan – Tidak Diharuskan Menganggap Maulana Saad Sebagai Amir Dalam Deen

SOALAN:

Kami menghantar kepada tuan beberapa petikan dari Bayan M Saad. Mohon tuan kaji dan berikan pandangan tuan mengenainya, sama ada kenyataan-kenyataan ini bercanggah atau selari dengan Syariah. Selain itu, memandangkan M Saad tidak menerima Syura dan kaedah kerja yang telah dibentuk oleh Tua-Tua TJ pada Ijtima Raiwind, adakah Jamaat Tabligh masih perlu pergi kepadanya atau tidak?

Adakah wajar Jamaat pergi ke persekitaran di mana beliau dan rakan-rakan yang sefahaman dengannya berada? Mohon nasihat tuan.

DARIPADA: Beberapa saudara yang prihatin

JAWAPAN:

Berkenaan soalan di atas, sesetengah orang telah menghantar kepada kami beberapa petikan dari sebahagian Bayan Ml Saad Sb. Darul Uloom Deoband juga mempunyai beberapa petikan dalam Fatwa mereka. Dalam petikan-petikan ini, terdapat serangan terhadap kehormatan sebahagian Anbiya (AS) dan Aqaid (kepercayaan) Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Kenyataan beliau berkenaan Musa (AS) bahawa "beliau meninggalkan kaumnya dan Jamaatnya lalu pergi bersendirian untuk bermunajat dengan Allah Taala, yang menyebabkan 588,000 orang Bani Israel sesat: Musa (AS) adalah asal dan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab. Yang asal sepatutnya kekal bersama mereka."

Akibat dakwaan ini, terdapat bantahan langsung terhadap Firman Allah Taala, kerana Allah Taala memerintahkan Musa (AS) untuk pergi ke Gunung Thur. Allah Taala berfirman:

وَإِذْ وَٰعَدْنَا مُوسَىٰٓ أَرْبَعِينَ لَيْلَةًۭ ثُمَّ ٱتَّخَذْتُمُ ٱلْعِجْلَ مِنۢ بَعْدِهِۦ وَأَنتُمْ ظَـٰلِمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Kami menjanjikan kepada Musa empat puluh malam, kemudian kamu menjadikan (patung) anak lembu (sebagai sembahan) sesudah (kepergian)nya, sedang kamu (dengan itu) adalah orang-orang yang zalim.

(Al-Baqarah 51)

Hazrat Hakimul Ummat Maulana Thanwi (RAH) menyebut dalam tafsiran ayat ini bahawa Allah Taala telah menjanjikan kepada Musa (AS) bahawa beliau perlu datang ke Gunung Toor dan menghabiskan sebulan mengabdikan diri kepada Ibadah kepada-Ku. Kami akan memberikan kepadamu sebuah Kitab. Musa (AS) menurut perintah tersebut dan menerima Taurat. (Bayanul Quran)

Justeru, dalam mematuhi perintah Allah, Musa (AS) pergi ke Gunung Toor. Beliau tidak pergi atas kehendak sendiri.

Daripada petikan-petikan lain, kami dapat merasakan bau merendah-rendahkan dan menghina cabang-cabang Deen yang lain, dan kenyataan beliau bahawa "mereka yang mengambil gaji dan mengajar Deen adalah menjual Deen mereka" adalah sama seperti mengatakan bahawa Akaabir (para senior) Asaatizah kita adalah penjual Deen.

Begitu juga, dakwaan bahawa syarat-syarat yang ditetapkan dalam Syariah untuk penerimaan Taubat tidak lengkap tanpa Khurooj (berjuang pada jalan Allah) adalah satu penambahan dalam Deen.

Akibat daripada jenis Bayan dan kenyataan seperti ini, satu Fatwa terhadap beliau telah dikeluarkan oleh Darul Uloom Deoband dan disokong oleh Mazahirul Uloom Saharanpur dan Jamia Islamia Dhabel, India. Kami bersetuju dengan Fataawa ini.

Sebelum ini, kira-kira 60 orang Ulama dari Bangladesh juga telah membantah pandangan dan cara kerja M Saad.

Akibat keadaan sedemikian, para Ulama dan Tua-Tua kanan, seperti Ml Ibrahim Sb, Ml Ahmed Laat Sb, Prof Sanaullah Sb dan tokoh-tokoh kanan yang lain terpaksa meninggalkan Markaz.

Berdasarkan hal ini, selagi Ml Saad Sb tidak menarik balik kenyataan-kenyataan yang boleh dipertikaikan sedemikian secara tanpa syarat dan tidak mengikut jalan Tua-Tua yang telah diterima Allah Taala untuk kerja mulia ini serta selagi beliau tidak mengikut Mashwarah, orang ramai hendaklah menjauhkan diri daripada Ml Saad Sb.

Begitu juga, orang ramai hendaklah menjauhkan diri daripada persekitaran di mana semua pengikutnya berada, yang bersetuju dengannya tanpa berfikir dan menerima dengan mudah apa sahaja yang beliau sebarkan atau cadangkan.

Pandangan dan Aqaid Ml Saad Sb sememangnya bertentangan dengan Aqaid (kepercayaan) Islam. Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan para ulama kanan Deoband bebas daripada kepercayaan sedemikian dan tidak bersetuju dengannya.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang membuat kenyataan sedemikian, sama ada beliau seorang Alim atau Syeikh, tidak diharuskan untuk duduk dalam majlisnya, mengambil sebarang manfaat daripadanya, mempunyai sebarang hubungan kasih sayang dengannya dan, terutamanya dalam perkara-perkara Deen, menganggapnya sebagai pemimpin, Amir atau pembimbing adalah tidak diharuskan. Adalah perlu untuk menjauhkan diri daripadanya.

Dan Allah Taala Maha Mengetahui.

Mufti Muhammad Ashraf Sb DB – Ketua Jabatan Fatwa, Jameah Mahmoodia Springs

Mufti Ismail Rahim Sb DB – Pengetua Jameah Mahmoodia Springs.

13 Rabiul Awwal 1438 H / 13 Disember 2016