Darul Ulum Moinul Islam mengenai Maulana Saad

Darul Ulum Moinul Islam, Chittagong, telah mengeluarkan pendirian mereka mengenai kesesatan Maulana Saad dan sokongan mereka kepada Fatwa Darul Uloom Deoband


MUFTI AHMAD SHAFI
Mohtamim (Pengetua)
Al-Jamiatul Ahlia Darul Ulum Moinul Islam Hathazari, Chittagong, Bangladesh,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu Saya berharap tuan sibuk dengan usaha-usaha keagamaan. Semoga Allah SWT menerima segala usaha tuan. Para Ulama Bangladesh dengan ini bersetuju dan menyokong Fatwa Darul Uloom Deoband. Selagi Molvi Saad tidak mengubah pendiriannya, kehadirannya di Bangladesh akan mendatangkan banyak kemudaratan kepada Deen kita. Berkemungkinan akan berlaku perselisihan antara para ulama dan pekerja-pekerja Tabligh.

Oleh sebab itu, saya berpendapat adalah baik jika kita tidak melibatkan Molvi Saad dalam Ijtema tahun ini (Januari 2017). Sila ambil perhatian dan patuhi cadangan-cadangan ini bagi memelihara usaha Tabligh yang amat berharga.