Berikut adalah sepucuk surat dalam bahasa Arab yang dikeluarkan pada 6 Mac 2022. Ia menghuraikan pendirian Syura berkenaan penerimaan dan penghantaran Jemaah daripada kumpulan-kumpulan lain yang tidak selari dengan Manhaj asal Tabligh.

Terjemahan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Daripada Syura
2 Sha'ban 1443
6 Mac 2022
Daripada Syura kepada saudara-saudara kami yang bersungguh-sungguh lagi tercinta
Assalamualaikum WRTWBKTH. Kami mendoakan kepada Allah SWT agar tuan-tuan sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera. Semoga Allah mengurniakan kita kesungguhan untuk Deen siang dan malam, menerima kita, dan menjadikan kita sebab hidayah untuk manusia di seluruh dunia.
Ameen.
Kami daripada ketiga-tiga negara telah bertemu dan telah berbincang mengenai pelbagai perkara yang dikemukakan. Kita mesti kekal teguh dalam usaha kita dengan Manhaj asal. Sekiranya seorang individu yang ikhlas datang kepada kita mahu memahami perkara ini, kita hendaklah dengan rela menerangkannya kepadanya. Sekiranya dia menerima, kita akan melibatkannya bersama kita.
Walau bagaimanapun, kami tidak akan berkhidmat untuk mana-mana Jemaah yang tidak mengikuti Manhaj kami yang berbeza. Kami juga tidak akan menghantar mana-mana Jemaah kecuali ke negara (Markaz) yang selari dengan Syura. Perpaduan hati diutamakan berbanding penghantaran Jemaah ke negara-negara tertentu.
Sila sampaikan Salam kami kepada saudara-saudara lain di kalangan tuan-tuan, dan mohon jangan lupakan kami dalam Du'a tuan-tuan.
Wassalam
Ditandatangani Oleh
Maulana Nazrur Rahman (Pakistan)
Maulana Ibrahim Devla (India)
Qari Zubair (Bangladesh)
Maulana Ehsanul Haq (Pakistan)
Maulana Ahmad Lat (India)
Maulana Rabibul Haq (Bangladesh)
Maulana Ahmad Batlah (Pakistan)
Maulana Zuhairul Hasan (India)
Bhai Farook Ahmad (India)
Maulana Ubaidullah Khurshid (Pakistan)
Maulana Ziaul Haq (Pakistan)

